011 7257 9836 akademitnz@gmail.com

Daripada Amalan Tradisional ke Arah Komersial yang Berstruktur

Akademi TNZ merupakan sebuah akademi yang menyelaras amalan tradisional kepada komersial secara holistik dan berstruktur.

Siapa Kami

Akademi TNZ Merupakan Sebuah Akademi yang Menyelaras Amalan Tradisional kepada Komersial Secara Holistik dan Berstruktur.

Akademi TNZ diperbadankan di bawah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 02 Januari 2024 dahulu dikenali sebagai Akedemi Perubatan Tradisional dan Komplimentari Darulaman Sdn Bhd.

Akademi TNZ Sdn. Bhd. beralamat di No. 3 Tingkat 1, Kompleks Perniagaan Hidayah, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Terletak di lokasi yang strategik dan mudah di akses, berhadapan jalan besar Hutan Kampung dengan jarak perjalanan 1.5 km dari plaza tol Alor Setar Utara dan dengan hanya 4 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas Alor Setar.

Akademi TNZ ditubuhkan dengan bermatlamat memberi perkhidmatan dan kesedaran kepada masyarat bagi mengangkat amalan-amalan yang dipratik secara tradisional ke satu tahap yang boleh dikomersialkan secara holistik dan berstuktur.

Akademi TNZ telah menyediakan tenaga pengajar berkemahiran, berpengalaman dan diiktiraf bagi berkongsi kepakaran bagi manfaat masyarakat setempat dan juga telah membina jaringan dari individu dan badan profesinal bagi membuahkan hasil ilmu kemahiran secara optimum , berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran.

 

Kursus yang Ditawarkan

Daftar Hari Ini!

KURSUS URUTAN TERAPI

(Kod Kursus: 010)

Urut terapi adalah teknik di mana tekanan dan manipulasi lembut digunakan pada otot, tisu penghubung, tendon, ligamen, dan sendi. Ia bertujuan untuk mengurangkan ketegangan, meningkatkan peredaran darah, dan mempromosikan kesejahteraan. Terapi ini boleh membantu meredakan kesakitan, meningkatkan relaksasi, dan menyokong kesihatan fizikal dan mental.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 36 jam (fleksibal)

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan seluruh / separuh badan
  • Urutan kaki dan tangan
  • Urutan kepala, leher dan bahu
  • Teknik menggunakan minyak urutan

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

KURSUS URUTAN THAI DAN SWEDISH

(Kod Kursus: 011)

Urutan Thai dan Urutan Swedish meliputi dua teknik utama, dimana urutan Thai menggabungkan peregangan, tekanan, dan acupressure tanpa penggunaan minyak urutan. Ianya lebih menyerupai gerakan yoga dengan kaedah melonggarkan otot serta meningkatkan fleksibiliti bagi menghasilkan rasa keseimbangan dan  relaksasi dalaman. Manakala Urutan Swedish, menggunakan lima teknik asas: menyusap, menguli, menggoncang, mengetuk, dan menggesek. Teknik ini, dipraktik dengan penggunaan minyak urutan atau losyen bagi mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhannya. Kedua-dua elemen yang digabungkan ini, telah menawarkan keunikan tersendiri bagi mencapai maksud kesihatan fizikal dan mental.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 36 jam (fleksibal)

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan bahagian belakang dan hadapan kaki
  • Urutan tangan
  • Urutan perut
  • Urutan bahu, leher dan kepala

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

KURSUS URUTAN THAI YOGA

(Kod Kursus : 012)

Urutan Thai Yoga, merupakan kombinasi amalan urutan tradisional Thai dan Yoga. Teknik ini melibatkan peregangan dalaman badan dan gerakan yang menyerupai postur yoga, dimana pengamal akan mengarahkan dan membantu anda dalam melakar pelbagai bentuk posisi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan fleksibiti, meredakan ketegangan otot dan mempromosikan keseimbangan serta kesejahteraan
secara menyeluruh, ianya sangat bersesuaian kepada mereka yang ingin merasai pengalaman relaksasi dalaman , minda dan kesihatan tubuh.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 24 jam (fleksibal)

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan bahagian belakang dan hadapan kaki
  • Urutan bahagian badan
  • Urutan tangan

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

KURSUS URUTAN KAKI

(Kod Kursus: 013)

Urutan kaki lebih dikenali sebagai refleksologi, ianya merupakan satu kaedah
urutan dan tekanan titik-titik tertentu pada bahagian kaki. Antara kebaikan apabila dipraktik amalan ini ialah, dapat membantu mengurangkan tekanan dan keletihan pada bahagian kaki, serta dapat menggalakkan aliran darah lebih sempurna.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 18 jam

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan bahagian hadapan dan belakang kaki
  • Urutan tapak kaki

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

KURSUS URUTAN LEHER DAN BAHU

(Kod Kursus: 014)

Urutan leher dan bahu adalah kaedah terbaik bagi meredakan kesakitan dan membantu menanggani stres, dengan skil teknik yang betul ianya dapat melonggarkan otot-otot yang menegang membantu pengaliran darah dan meningkatkan sistem limfa.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 12 jam

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan bahagian bahu
  • Urutan bahagian leher

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

KURSUS URUTAN MUKA DAN KEPALA

(Kod Kursus : 015)

Urutan muka adalah satu teknik seni yang mana dipraktikan bagi mengurangkan ketegangan pada muka, membantu merangsang aliran darah dan oksigen, juga dapat membaiki keanjalan otot.
Manakala urutan kepala adalah teknik urutan yang dapat membantu melancarkan aliran darah dibahagian kepala, ianya juga dapat meningkat kadar metabolisme dan dapat meredakan stres.

Modul Pembelajaran

  • Secara bersemuka, teori dan pratikal
  • Panduan, beserta nota yang lengkap
  • Jangkamasa 12 jam

Apa yang anda pelajari?

  • Urutan bahagian muka
  • Urutan bahagian kepala

Pengiktirafan Tamat Kursus:

  • Diberikan Sijil Kompetensi

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Sihat tubuh badan

Kenapa Pilih Kami

Program Intensif Urutan: Praktikal & Teori

Program ini berlangsung dengan 80% masa diperuntukkan untuk praktikal dan 20% untuk teori. Silibus merangkumi Modul 1, 2, 3, dan 4, yang semuanya direka untuk memastikan pemahaman yang mendalam. Terdapat juga peperiksaan praktikal untuk menilai kemahiran anda.

Kelebihan

Kebaikan Urutan Tradisional

Kurangkan Ketegangan Otot

Teknik peregangan dan tekanan membantu melonggarkan otot yang tegang.

Meningkatkan Peredaran Darah

Teknik mengusap dan menguli dalam Urutan Swedish membantu peredaran darah.

Kesihatan Fizikal dan Mental

Kedua-duanya membantu meredakan stres dan memperbaiki kesejahteraan keseluruhan.

Meningkatkan Fleksibiliti

Gerakan menyerupai yoga dalam Urutan Thai meningkatkan fleksibiliti tubuh.

Relaksasi Mendalam

Kedua-dua urutan menawarkan pengalaman relaksasi yang berbeza tetapi mendalam.

Meningkatkan Sistem Imun

Teknik urutan dapat membantu meningkatkan sistem imun dengan merangsang peredaran limfa, yang berperanan penting dalam pertahanan badan terhadap penyakit.

Carta Organisasi

Kenali Organisasi Kami

Rebecca Loo Soon Leng

Rebecca Loo Soon Leng

Penasihat Akademi

Tengku Adnan Bin Tengku Burhanudin

Tengku Adnan Bin Tengku Burhanudin

Pengarah Urusan

Kamaruddin Bin Man

Kamaruddin Bin Man

Pegawai Perhubungan Awam

Tunku Puteri Nur Ihya' Imanina Binti Mohamad Rodzi

Tunku Puteri Nur Ihya' Imanina Binti Mohamad Rodzi

Pegawai Kewangan

Tunku Nurzaleha Binti Tunku Obaid

Tunku Nurzaleha Binti Tunku Obaid

Tenaga Pengajar

Tunku Puteri Nur Ihya Hanis Binti Mohamad Rodzi

Tunku Puteri Nur Ihya Hanis Binti Mohamad Rodzi

Tenaga Pengajar

Faridah Binti Ahmad

Faridah Binti Ahmad

Industries Coach

Aida Maisarah Binti Mohd Zamzuri

Aida Maisarah Binti Mohd Zamzuri

Assistance Coach

Testimoni

Apa Kata Mereka

“Saya sangat berpuas hati dengan kursus urutan di Akademi TNZ. Modul yang diberikan sangat komprehensif dan seimbang antara teori dan praktikal. Saya kini lebih yakin mengamalkan teknik urutan yang betul untuk kesihatan pelanggan saya!”

Aida,
Pelajar Urutan Thai dan Swedish.

“Kursus di Akademi TNZ benar-benar membuka mata saya terhadap pentingnya urutan terapi. Pengajar yang berpengalaman dan suasana pembelajaran yang profesional membuatkan saya bersemangat untuk terus belajar dan memperbaiki kemahiran saya. Terima kasih, TNZ!”

Hafiz,
Pengamal Urutan Terapi.

“Akademi TNZ memberikan pengalaman belajar yang luar biasa. Silibus yang teratur dan latihan praktikal yang intensif benar-benar membantu saya memahami seni urutan dengan lebih mendalam.”

Siti,
Pelajar Urutan Thai Yoga.

Ingin Meningkatkan Kemahiran Urutan?

Daftar sekarang! dan mulakan perjalanan anda dengan kursus komprehensif kami.